Kuih Samosa



Sementara aku scan menu2 resepi dari mingguan wanita tu, meh sini cuba resepi kuih samosa yang wife aku buat nih...:)Simple jer nak buat kuih nih, 1 jam pon bleh siap dengan syarat korang beli dulu kulit popia segera yang jual kat pasaraya2 tu...

Bahan bahan :
1) Kentang 10 biji
2) Serbuk kari 1 peket kecil (apa2 jenis, nak sedap adabi...)
3) Ikan bilis atau ayam atau daging atau boleh campur ketiga-tiga sekali (secukup rasa & selera)
4) 1 ketul kecil halia dihiris halus, 6 ulas bawang merah hiris kecik2
5) 1 sudu teh garam halus
6) 3 Sudu besar gula.

Cara2 nak buat inti :
1) Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang & halia sehingga kuning.
2) Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan air beserta garam dan gula ke dalam kuali dan tumiskan sehingga naik bau wangi.
3) Masukkan ikan bilis yang ditumbuk, ( ayam atau daging yg. dipotong) dan kacau sehingga rata.
4) Masukkan kentang yang telah dipotong dadu.
5) Campurkan sedikit air dan kacau sehingga separuh kering (macam inti yg. korang makan tu)

Okay, setelah masak inti, sejukkan dahulu selama kira kira setengah jam, barulah dibungkus dengan kulit popia mengikut kreativiti masing-masing (bulat, petak,bujur, empat segi, atau 3 segi macam dalam gambar nih...)
Dah balut tu, goreng balik pakai minyak & api perlahan, jangan terus makan jerk....:)

Selamat mencuba & Selamat menjamu selera...!

Belum update

Maaf pada yang menunggu resepi resepi terbaru. Saya belum lagi sempat nak update yang terkini. InsyaAllah dalam masa seminggu dua ni saya akan letak lebih banyak2 resepi resepi. Sekarang sibuk dengan kerja kerja di Kuala Lumpur.

Rehat kejap

Kepada peminat2 resepi.blogspot.com, harap bersabar seketika sementara saya upload latest resepi dalam masa terdekat. InsyaAllah banyak lagi resepi yang akan menyusul selepas ini. Nantikan resepi seterusnya dalam 3 - 4 hari lagi... terima kasih.